Monday, 10 November 2014

‘Biar pihak sekolah tentukan hukuman’

Georgetown: “Walaupun anak dirotan hingga meninggalkan kesan di pinggang dan pinggul, saya enggan memanjangkan kes berkenaan dengan membuat laporan polis,” kata ibu kepada seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Nora 40-an, semalam.
Menurutnya, dia kini hanya menyerahkan kes terbabit kepada pihak sekolah untuk menentukan hukuman yang bakal dikenakan terhadap guru terbabit.
“Saya tahu memang kesalahan itu dilakukan anak kerana tidak menunaikan solat Subuh, namun cara hukuman dikenakan membuatkan saya sebagai ibu tidak dapat menerimanya.
“Bagaimanapun, saya memaafkan guru terbabit dan berharap kejadian sama tidak lagi berulang bukan saja kepada anak saya, malah pelajar lain juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia tidak mahu pembelajaran anaknya terganggu kerana anaknya itu kini sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah di Jalan Masjid Negeri, di sini.
Dalam kejadian Jumaat lalu, sekumpulan 14 pelajar yang sebahagian besarnya terdiri pelajar tingkatan lima dirotan warden kerana tidak menunaikan solat Subuh.
Akibatnya, pinggang dan pinggul pelajar berkenaan mengalami kesan lebam selain emosi mereka dikatakan terganggu dengan tindakan warden itu sehingga menjejaskan tumpuan untuk menduduki SPM.
Aksi mereka dirotan itu sempat dirakam ketua asrama yang dikatakan tidak tahan selepas melihat rakannya diperlakukan demikian.
Susulan daripada kejadian itu, dua guru berkenaan dikenakan hukuman gantung tugas sebagai warden bermula kelmarin dan jika siasatan dalaman dilakukan pihak sekolah mendapati mereka bersalah, dua guru terbabit mungkin akan ditukar ke sekolah lain.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:16 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8232#sthash.qzz0T336.dpuf

Perkenal semula hukuman rotan di sekolah

Penyebaran klip video buli sekumpulan pelajar membelasah seorang rakan baru-baru ini,mendapat perhatian ramai. Rentetan daripada itu, satu persatu video klip kes bulidipaparkan di media sosial.
Kini, timbul persoalan mengenai sejauh mana masalah ini diselesaikan pihak sekolah. Wartawan BH,Nadia Hamid menemubual bekas Ketua Pengarah Pelajaran, yang kini Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Tan Sri Abdul Rahman Arshad, mengenainya. Beliau, yang juga pelopor sekolah sains dan sistem berasrama penuh bertanggungjawab memperkenalkan sistem hukuman rotan (public canning).
pqc

Hari ini saya menghadiri kursus TMK T5

Hari ini saya menghadiri kursus TMK T5

Tarikh:11-11-2014
Masa: 8.00am - 2.00pm
Tempat : Bilik Bengkoka Pitas